Seorang pemilik rumah yang sudah jemu dengan kelakuan beberapa orang pasangan yang sering berhubungan seks di luar rumahnya telah bertindak untuk memasang kamera CCTV sebagai pencegahan.
Pemilik rumah, yang dikenali sebagai Camoit Mightyram, bahkan pernah melihat pelbagai pasangan yang berkelakuan tidak senonoh di dalam kereta yang diletakkan di luar rumahnya.
Terdapat pelbagai video pasangan yang telah dirakamkan oleh pemilik rumah ini sepanjang tempoh dia memasang CCTV tersebut.
Diantara salah satunya adalah pasangan yang dirakamkan pada video dibawah ini. Tanpa menyedari kegiatan mereka ini sedang dirakamkan, pasangan ini sedang asyik melakukan maksiat.
Malah wanita itu juga di lihat membuang air kecil di bahagian belakang pokok yang berhampiran kawasan rumah tersebut.
Apabila tuan rumah itu keluar dari rumahnya dan menegur pasangan itu, wanita terbabit kelihatannya sedang marah dan memaki hamun tuan rumah tersebut.